PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA PUNCA PENCEMARAN TERUS DIPANTAU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA PUNCA PENCEMARAN TERUS DIPANTAU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

02 September 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kawasan rondaan adalah di Sungai Tong, Permaisuri, Jabi, Besut, Kg Raja, Tembila, Saujana dan Lembah Bidong. Hasil rondaan dan pemantauan yang melibatkan daerah Setiu dan Besut ini didapati tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui. Siasatan aduan kes pembakaran terbuka  di Kg. Padang Luas, Besut didapati berasas dengan penemuan kesan pembakaran terbuka bersaiz kecil ditemui. Surat amaran telah dikeluarkan kepada pelaku supaya memberhentikan aktiviti tersebut dengan serta merta. Individu yang terlibat akur dengan arahan yang telah dikeluarkan dan berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi. JAS Terengganu sentiasa mengingatkan kepada orang awam mengenai kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan