PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA DICEGAH DAN PUNCA PENCEMARAN TERUS DIPANTAU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA DICEGAH DAN PUNCA PENCEMARAN TERUS DIPANTAU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

01 September 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan telah dijalankan di kawasan Chendering, Batu 6, Tok Jering, daerah Kuala Terengganu, Sg Tong, Jelapang, Telaga Papan, lembah Bidong,  daerah Setiu dan Jalan Pantai, daerah Kuala Nerus. Hasil rondaan dan pemantauan yang melibatkan tiga daerah di negeri ini didapati tiada pembakaran terbuka di kesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui. Siasatan ke atas dua (2) aduan kes pembakaran terbuka di Kampung Chendering, dan di Kg Tok Jiring telah dilakukan.  Kedua-dua aduan ini didapati berasas dengan penemuan kesan pembakaran terbuka di lokasi yang diadu. Banner larangan permbakaran terbuka telah dipasang  di lokasi tersebut sebagai amaran agar indvidu yang berkenaan tidak meneruskan aktiviti ini. JAS Terengganu sentiasa mengingatkan kepada orang awam mengenai kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Siasatan aduan ke atas kes pembuangan sampah haram di Kg Sg. Bari, Setiu juga dijalankan. Hasil siasatan mendapati kawasan tersebut dipenuhi pelbagai sampah dan sisa binaan. Jarak lokasi berada jauh dari kawasan penduduk. Kawasan berkenaan telah dipasang pita Larangan JAS.  Hasil siasatan ini akan dipanjangkan kepada pihak Majlis Daerah Setiu untuk tindakan selanjutnya. JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan