Penerangan
Tajuk : Kursus Pemantapan Pasukan Pegawai JAS Gred 29 - 40 (Secara atas talian)
Tarikh : 21 - 22 September 2021 (Selasa – Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
24 September 2021 - Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah menganjurkan satu Kursus Pemantapan Pasukan Pegawai JAS Gred 29 - 40 yang telah dijalankan secara atas talian iaitu melalui platform zoom. Kursus tersebut dikendalikan oleh penyedia latihan yang dipilih iaitu SyedFaizal Training & Consultant dan dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Gred 29 – 40 yang dipilih.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta untuk memahami langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi. Kursus ini juga akan menekankan tentang pembudayaan semangat bekerjasama dan membina budaya kreatif dan inovatif dalam menghasilkan prestasi cemerlang. Dengan memahami sikap, cara berkomunikasi akan membantu para peserta untuk menjadi pegawai yang memiliki komitmen yang tinggi dan memupuk semangat kerja berpasukan.
Di akhir kursus ini, penganjur mengharapkan akan dapat membantu peserta yang terdiri daripada pegawai Gred 29 hingga 40 dalam meningkatkan kemahiran komunikasi serta memupuk semangat kerja berpasukan. Kemahiran kerja berpasukan yang dibina ini akan memastikan segala tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna mengikut sistem kerja yang ditetapkan. Selain itu, melalui kursus ini dapat membantu pegawai meningkatkan keyakinan diri selain memberi motivasi kepada para peserta seterusnya memudahkan pelaksanaan tugas dalam organisasi.