PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN KUMBAHAN NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 28/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN KUMBAHAN NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
28/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 26 September 2021. Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Kumbahan di negeri Terengganu  secara maya bersama Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Malaysia (JPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd (IWK). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Timbalan Pengarah JAS Terengganu. Hadir sama adalah Ketua Cawangan JAS Cawangan Kemaman, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai penguatkuasa di Bahagian Operasi. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan pengurusan kumbahan di negeri Terengganu, projek meningkatkan keupayaan loji pengolahan kumbahan oleh IWK dan pematuhan kepada undang-undang yang berkaitan.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan