Penerangan
Kuala Terengganu, 19 September 2021. Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Mahkamah Bil. 7/2021 secara maya.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd.Rahman, Pengarah JAS Terengganu. Hadir sama Timbalan Pengarah, merangkap Ketua Bahagian Operasi, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong pengarah, merangkap Ketua Bahagian Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Cawangan Kemaman, Encik Wan Azuan bin Wan Omar dan ahli-ahli Jawatankuasa tetap yang telah dilantik.
Selain mendapatkan status tindakan kes-kes mahkamah daripada pegawai pendakwa Jabatan, mesyuarat ini juga turut membincangkan isu-isu berkaitan tindakan susulan penguatkuasaan ke atas premis-premis yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.