PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU MENJALANKAN OPERASI CATAT DAN VIDEO KAMERA MENGESAN PELEPASAN ASAP HITAM DARIPADA  KENDERAAN BERMOTOR-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 28/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU MENJALANKAN OPERASI CATAT DAN VIDEO KAMERA MENGESAN PELEPASAN ASAP HITAM DARIPADA  KENDERAAN BERMOTOR-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
28/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 14 September 2021- Pegawai penguatkuasa Unit Kenderaan Bermotor telah menjalankan  2 Operasi Catat dan Kamera Video bagi mengesan pelepasan asap hitam berlebihan daripada kenderaan. Lokasi operasi yang dijalankan adalah di daerah Kuala  Terengganu dan Setiu. Pemerhatian secara visual melibatkan sebanyak 364 buah kenderaan dengan pecahan jenis kenderaan adalah Bas(3), Lori(83), Lori Kecil (97), Trak Ringan(149) dan Van(32). Tindakan susulan kepada pemilik kenderaan yang dikesan melepaskan asap hitam boleh diambil dengan mengeluarkan satu notis arahan dibawah Seksyen 31(1)(d) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kenderaan tersebut perlu menjalankan pemeriksaan ujian asap di mana-mana  Puspakom negeri atau cawangan di seluruh negara. Operasi ini memberi tumpuan kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan