Penerangan
Kuala Terengganu, 13 September 2021. Hari ini mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Laporan EIA bagi “Proposed Iron Ore Mining Operation” di daerah Dungun telah diadakan secara virtual mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah merangkap Ketua Bahagian Pembangunan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Jabatan dan Agensi yang berkaitan turut hadir secara virtual bagi memberi input mengikut bidang kuasa masing-masing dalam memastikan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Jadual Pertama ini disediakan memenuhi kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.