Penerangan
28 Julai 2021 (Rabu), Pengarah JAS Pulau Pinang, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab telah mempengerusikan mesyuarat menilai laporan EMP “The Proposed Reclamation & Dredging Works For The Penang South Reclamation (PSR)”. Mesyuarat ini dihadiri oleh agensi-agensi teknikal iaitu Plan Malaysia Pulau Pinang, JPS Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Penang Port Sdn Bhd, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jabatan Laut Wilayah Utara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perhutanan Pulau Pinang, Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang, Pejabat Daerah Barat Daya dan Jabatan Perikanan Pulau Pinang. Mesyuarat membincangkan isu sumber air, kawalan trafik dan pergerakan kapal serta kawalan pencemaran pepejal terampai