PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN PREMIS TERHADAP AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127) DAN AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT 1988 (AKTA 342) OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WP KUALA LUMPUR (JAS WPKL)

DOE WP Kuala Lumpur 28/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PEMATUHAN PREMIS TERHADAP AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127) DAN AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT 1988 (AKTA 342) OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WP KUALA LUMPUR (JAS WPKL)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
28/09/2021
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

30 OGOS 2021, WP KUALA LUMPUR – Pasukan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar WP Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa premis di sekitar Kawasan Perindustrian Kepong, Kuala Lumpur bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dipatuhi sepenuhnya sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara dilaksanakan. Hasil pemeriksaan mendapati tiada pelanggaran undang-undang di bawah Akta 127 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Hasil pemeriksaan di bawah Akta 342 juga mendapati pihak premis mempunyai surat kebenaran beroperasi daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), para pekerja juga memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal, pihak premis juga ada menyediakan kemudahan seperti thermal scanner, buku daftar dan QR Code MySejahtera. Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Justeru semua pemain industri sentiasa diingatkan untuk sentiasa mematuhi AKAS 1974 dan Akta 342 sepanjang tempoh premis beroperasi.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan