PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN KES ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR, WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR (JASWPKL)

DOE WP Kuala Lumpur 27/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN KES ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR, WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR (JASWPKL)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/09/2021
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

31 Ogos 2021, KUALA LUMPUR : Hasil maklumat daripada aduan awam mengenai kejadian dan aktiviti pembakaran terbuka, satu (1) pasukan penguatkuasa JASWPKL telah menyiasat di sekitar Taman Teratai Mewah, Setapak dan OUG Parklane, Kuala Lumpur dan telah menemui kesan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk setempat yang melakukan aktiviti perkebunan. Pegawai Penguatkuasa JAS WPKL telah bertindak dengan memberi amaran tegas seterusnya penerangan berkaitan larangan pembakaran terbuka agar tidak melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pembakaran terbuka. Melalui peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau penjara dengan tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya sekali.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan