PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN KE ATAS SISTEM AMARAN AWAL EQMP OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 27/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN KE ATAS SISTEM AMARAN AWAL EQMP OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/09/2021
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

WP Kuala Lumpur, 5 September 2021 : JAS WPKL telah menjalankan siasatan ke Stesen Pengawasan Automatik CR12W Sg. Klang, Kuala Lumpur sebaik menerima notifikasi dari sistem amaran awal EQMP yang mengesan insiden penurunan bacaan parameter Dissolved Oxygen (DO) pada paras kurang dari 2.0 Mg/l. Hasil siasatan di lokasi mendapati air sungai berada dalam keadaan normal dan jernih. Tiada sebarang ikan mati ditemui di sepanjang sungai ini. Sungai Klang adalah dikategorikan di bawah kelas III dan bukan merupakan sumber air bagi tujuan minuman. Pemantauan di sekitar lokasi mendapati tiada punca-punca pencemar dari industri dan lain-lain di sepanjang sungai ini. Dalam usaha menangani isu pencemaran air sungai dengan efektif dan sistematik, penggunaan sistem amaran awal EQMP berupaya untuk memacu tindakan awal penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemar alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan