Penerangan
14 SEPTEMBER 2021 KUALA LUMPUR : JAS WPKL telah menjalankan verifikasi terhadap sebuah premis berdasarkan penerimaan dokumen Pemberitahuan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) dan 7(6), Peraturan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Udara Bersih (PPKAS UB) 2014. Hasil pemeriksaan mendapati premis telah memasang dua (2) unit cerobong sepertimana Lukisan Sebagaimana Binaan yang dikemukakan.
Hasil pemeriksaan mendapati tiada pelanggaran undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Pihak premis juga mempunyai surat kebenaran beroperasi daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), para pekerja juga memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal, pihak premis juga ada menyediakan kemudahan seperti pengimbas haba, buku daftar dan QR Code MySejahtera.
Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Justeru semua pemain industri diingatkan untuk mematuhi AKAS 1974 dan Akta 342 sepanjang tempoh premis beroperasi.