Penerangan
PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE PERINGKAT JAS NEGERI SEMBILAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2021
24 September 2021, Seremban - JAS Negeri Sembilan telah mengadakan Program Pengumpulan E-waste Peringkat JAS Negeri Sembilan pada hari ini. Program pengumpulan ini adalah bersempena dengan Hari Pengumpulan E-waste iaitu hari Sabtu terakhir setiap bulan.
Pelbagai barangan e-waste telah diserahkan oleh para pegawai JAS Negeri Sembilan. Program pengumpulan ini adalah program kerjasama dengan SWM Environment Negeri Sembilan.
Untuk info/lokasi lanjut pusat pengumpulan, boleh juga rujuk website e-waste https://ewaste.doe.gov.my/
"E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara"
"Ayuh kumpul 800 Tan E-waste"