PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

Taklimat Program 1 RAS 1 Pokok Sempena Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025)

DOE Sabah 27/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Taklimat Program 1 RAS 1 Pokok Sempena Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/09/2021
Organisasi
DOE Sabah

Penerangan

???????????????? Taklimat Program 1 RAS 1 Pokok Sempena Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025) JAS mensasarkan penanaman sebanyak 150,000 pokok sempena Program Penghijauan Malaysia berdasarkan bilangan ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) yang telah berdaftar setakat ini. Signature name '1 RAS 1 Pokok' akan digunakan bagi program di bawah JAS. Pelaksanaan program ‘1 RAS 1 Pokok’ ini bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup, selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara. Program ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok ke atas setiap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia. Sesi Taklimat Program 1 RAS 1 Pokok Sempena Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025) bagi menyampaikan kaedah pelaksanaan program ini kepada semua JAS Negeri telah diadakan seperti butiran berikut:- ??? Tarikh: 22 September 2021 (Rabu) ? Masa: 2.30 - 4.30 petang ?? Medium: Secara atas talian (Google Meet) ???? Pengerusi: Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah B(KS) Perkara yang ingin dimaklumkan :- ?? JAS Sabah perlu melaksanakan penanaman sebanyak 15,000 pokok bagi tempoh 2021-2025 ?? Meliputi semua jenis pokok yang merupakan tumbuhan berkayu yang mempunyai akar, batang, dahan dan daun. ?? pokok yang mempunyai batang yang berkayu contohnya pokok durian, pokok rambutan dan pelbagai lagi pokok buah-buahan atau pokok sayuran atau pokok hiasan ?? tidak termasuk pokok palma (pinang, kelapa, tamar) dan yang tidak mempunyai batang berkayu contohnya pokok pisang, pokok nenas, pokok jagung dan lain-lain. ?????? Pelaporan perlu dikemukakan kepada HQ dalam bentuk gambar dengan info bilangan pokok yang ditanam ???? Perancangan JAS Sabah ?? akan bekerjasama dengan pihak sekolah bagi program penanaman pokok ?? *P(BKS) mencadangkan staf JAS juga memulakan penanaman pokok bersama ahli keluarga Dikemukakan beberapa slaid untuk makluman. #1RAS1pokok #jassabah

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan