Penerangan
12 September 2021- Kuala Terengganu, Terengganu- Pegawai penguatkuasa Unit Kenderaan Bermotor telah menjalankan 2 Operasi Catat dan Kamera Video mengesan pelepasan asap hitam berlebihan daripada kenderaan bermotor. Lokasi operasi dijalankan di daerah Marang dan Dungun.
Pemerhatian secara visual melibatkan sebanyak 279 buah kenderaan dengan pecahan jenis kenderaan adalah Bas(5), Lori(105), Lori Kecil (36), Trak Ringan(110) dan Van(23).
Tindakan susulan kepada pemilik kenderaan yang dikesan melepaskan asap hitam boleh diambil dengan mengeluarkan satu notis arahan di bawah Seksyen 31(1)(d) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kenderaan tersebut perlu menjalankan pemeriksaan ujian asap di mana-mana Puspakom negeri atau cawangan di seluruh negara.
Operasi ini memberi tumpuan kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996