PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT BERSAMA PIHAK PERUNDING EIA DIADAKAN SECARA VIRTUAL DI JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 24/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT BERSAMA PIHAK PERUNDING EIA DIADAKAN SECARA VIRTUAL DI JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
24/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 8 September 2021. Hari ini Bahagian Pembangunan,  Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Perunding berkenaan rayuan pindaan syarat Kelulusan Laporan EIA bagi projek medan minyak. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah merangkap Ketua Bahagian Pembangunan , JAS Terengganu. Hadir sama secara fizikal Penolong Pengarah Kanan, merangkap Ketua Unit EIA , Puan Hasra Masrifah  binti Wan Jusoh @ Ab.Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff dari Bahagian Pembangunan. Pada sesi ini, Jururunding EIA yang telah dilantik oleh pihak pemaju  telah membentangkan justifikasi rayuan syarat tersebut dipinda sebelum dipertimbangkan oleh JAS Terengganu. JAS mempunyai bidang kuasa untuk mengambil  tindakan undang-undang di bawah Seksyen 34A(7) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada sesiapa sahaja yang didapati gagal mematuhi syarat kelulusan EIA yang telah ditetapkan . Sesiapa sahaja yang melanggar Seksyen ini boleh dikenakan tindakan mahkamah di bawah Seksyen 34A (8) Akta Kualiti alam Sekeliling 1974 dengan hukuman denda tidak lebih RM500,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan