Penerangan
Kuala Terengganu, 8 September 2021. Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 telah berkuatkuasa sejak 5 Julai 2021 di Negeri Terengganu
Hari ini mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Laporan EIA bagi Cadangan Projek Jalan Raya di daerah Kuala Nerus, Terengganu, telah diadakan secara virtual mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Mesyuarat telah dipengerusikan secara fizikal oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Encik Mohd Norli bin Abdullah merangkap Ketua Bahagian Pembangunan JAS Tereengganu,
Penolong Pengarah Kanan, merangkap Ketua Unit EIA , Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab.Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff dari Bahagian Pembangunan sebagai urusetia juga, hadir sama secara fizikal di Bilik Mesyuarat Utama, JAS Terengganu.
Jabatan dan Agensi yang berkaitan turut hadir secara virtual bagi memberi input mengikut bidang kuasa masing-masing dalam memastikan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Jadual Pertama ini disediakan mengikut Seksyen 34A. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
JAS mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada sesiapa sahaja yang menjalankan aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah EIA 2015, tanpa kelulusan Laporan EIA.
Sesiapa sahaja yang melanggar Seksyen ini boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.