Penerangan
Kuala Terengganu, 7 September 2021- Hari ini Unit Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan perbincangan dengan wakil PETRONAS Pantai Timur.
Mesyuarat ini diadakan susulan pelawaan daripada JAS Terengganu kepada PETRONAS Pantai Timur untuk menjadi rakan strategik dalam penganjuran program pengumpulan bahan buangan elektrik dan elektronik (E-Waste) sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negera (HASN) yang bakal disambut pada 21 Oktober 2021.
Pada mesyuarat ini pelbagai idea telah dikongsikan dalam memastikan program yang akan dianjurkan secara kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar kepada rakyat negeri ini khususnya.