PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN MENGENAI NOTIFIKASI PEMBERITAHUAN BERTULIS UNTUK UPGRADING PROJECT OF INDUSTRIAL EFFLUENT TREATMENT SYSTEM SECARA MAYA

DOE Perlis 27/09/2021 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN MENGENAI NOTIFIKASI PEMBERITAHUAN BERTULIS UNTUK UPGRADING PROJECT OF INDUSTRIAL EFFLUENT TREATMENT SYSTEM SECARA MAYA
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/09/2021
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

PERLIS, 13 September 2021- Unit Pembangunan & Notifikasi JAS Perlis telah mengadakan perbincangan secara maya bersama industri dan juruperunding mengenai permohonan notifikasi bagi sistem pengolahan efluen. Pembentangan secara atas talian berkaitan permohonan ini telah disampaikan oleh juruperunding. Perbincangan yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Tuan Ts. Mohamad Fitri Bin Said turut membincangkan maklumat berkaitan dokumen permohonan notifikasi yang dikemukakan oleh juruperunding, isu-isu berkaitan cadangan menaik taraf sistem pengolahan efluen dan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Turut hadir dalam perbincangan ini adalah Ketua Bahagian Operasi I, Encik Mohd Rosli Bin Mohd Nor, Ketua Bahagian Operasi II, Puan Nur Kamilah Binti Md. Isa, pegawai proses Notifikasi, pegawai penyelia premis, wakil premis industri, kontraktor dan juruperunding. #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #JASPerlis #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan