Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMERIKSAAN PEMATUHAN KEPADA SYARAT-SYARAT KELULUSAN EIA DI BAWAH SEKSYEN 34A(7), AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974, TERUS DIPANTAU OLEH PASUKAN PENGUATKUASAAN EIA DALAM TEMPOH PPN FASA 3 OLEH JAS NEGERI PERLIS.
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 27/09/2021
- Organisasi
- DOE Perlis
- Lokasi
- Perlis
Penerangan
20 September 2021, KANGAR – Pasukan penguatkuasaan EIA Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis terus komited bagi memastikan syarat-syarat kelulusan EIA dipatuhi oleh penggerak projek di Negeri Perlis yang tertakluk dengan syarat-syarat kelulusan EIA yang diberikan.
Pada hari ini pasukan penguatkuasaan EIA Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap tapak projek pembinaan jeti di Kuala Sanglang, Perlis. Hasil pemeriksaan mendapati pemaju tapak projek berkenaan masih belum memulakan kerja-kerja pembinaan dan didapati tiada perlanggaran terhadap syarat-syarat kelulusan Laporan EIA yang dikeluarkan.
Program penguatkuasaan ke atas syarat-syarat kelulusan Laporan EIA dijalankan serentak dengan Akta 127 & Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).
JAS mengingatkan kepada semua penggerak projek EIA untuk terus komited terhadap usaha-usaha ke arah kelestarian alam sekitar dengan patuh kepada semua syarat EIA dan kehendak Akta 127 tersebut. Pemeriksaan dijalankan mengikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#alamsekitartanggungjawabbersama