Penerangan
ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA
KUALA LIPIS, 16 SEPTEMBER 2021- Susulan dari aduan yang diterima, pegawai penguatkuasa JAS Cameron Highlands ke lokasi aduan yang terletak berhampiran Kampung Baru Jerkoh, Benta.
Siasatan aduan telah dijalankan bersama dengan pengadu ke lokasi aduan yang terletak di dalam kawasan kebun.
Menurut pengadu, pemilik kebun berkenaan sering melakukan aktiviti pembakaran terbuka pada waktu petang bagi membersihkan kawasan kebun milik beliau tanpa pengawasan dan khuatiri akan merebak ke kawasan belukar bersebelahan.
Oleh itu, siasatan lanjut akan dijalankan. Jabatan Alam Sekitar akan mengeluarkan surat amaran kepada pemilik agar tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka. Ini kerana, pembakaran terbuka adalah salah dari segi undang - undang dibawah Seksyen 29(A) AKAS1974 boleh dikenakan denda sebanyak RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan di atas kesalahan tersebut.
Pegawai turut menyerahkan risalah larangan pembakaran terbuka kepada pengadu untuk makluman dan juga hebahan kepada penduduk kampung setempat. Poster larangan pembakaran terbuka turut digantung di lokasi kebakaran supaya pemilik maklum tentang kehadiran pegawai Jabatan Alam Sekitar di lokasi berkenaan.
Adalah suka di ingatkan kepada orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#Jabatanalamsekitar
#16sept2021