PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

SESI PEMBENTANGAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI PELAJAR PRAKTIKAL

DOE Pahang 03/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI PEMBENTANGAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI PELAJAR PRAKTIKAL
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/09/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

SESI PEMBENTANGAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI PELAJAR PRAKTIKAL KUANTAN, 14 SEPTEMBER 2021 – Satu sesi pembentangan akhir latihan industri telah diadakan secara atas talian di Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Dalam sesi ini, Muhammad Shazni bin Muhammad Shukri dan Nur Mirza Syazwana bt Azlir, pelajar dari bidang Biotechnology Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan telah membentangkan laporan akhir kepada pensyarah penyelia iaitu Assoc. Prof. Ts. Dr. Suhaila binti Mohd Omar. Pihak UIA memaklumkan dengan adanya latihan industri ini, ianya merupakan nilai tambah kepada pelajar dalam menimba pengalaman yang berguna dan berharga sebagai bekalan sebelum pelajar menjejak kaki ke alam pekerjaan. JAS Pahang mengalukan dan memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan ini sebagai kerjasama berterusan dengan pihak universiti selaku rakan strategik Jabatan dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar khususnya kepada generasi muda. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jaspahang #14sept2021

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan