Penerangan
SIASATAN PENGUATKUASAAN DAN RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DIPERGIAT
CAMERON HIGHLANDS, 14 SEPTEMBER 2021 - Pasukan Operasi Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Cameron Highlands telah menjalankan siasatan penguatkuasaan dan rondaan
OMPT bagi mengesan sekiranya berlaku pembakaran terbuka di sekitar Daerah Cameron Highlands.
Sepanjang rondaan satu kes pembakaran terbuka dikesan. Lokasi telah dikenalpasti dan Tindakan perundangan selanjutnya akan diambil.
Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan masyarakat. Tindakan undang-undang di bawah AKAS 1974 akan dikenakan kepada pelaku kesalahan.
Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
#jaspahang
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#14sept2021