Penerangan
SESI LATIHAN DI LAPANGAN BAGI PELAJAR LATIHAN INDUSTRI JAS PAHANG
KUANTAN, 13 SEPTEMBER 2021- Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah melaksanakan sesi latihan kepada pelajar latihan industri dengan kerjasama Pakar Scieno TW Sdn Bhd di Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik Indera Mahkota, Kuantan.
Pelajar latihan industri telah diberi penerangan terperinci mengenai pengoperasian stesen pengawasan dan peranan penting yang dimainkan dalam memberi maklumat terkini dan berterusan tentang status kualiti udara melalui data Indeks Pencemaran Udara (IPU).
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar
#13sept2021