PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

Ceramah Pengenalan Kepada Program Pengawasan Air Sungai Tahun 2021

DOE Sarawak 27/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Ceramah Pengenalan Kepada Program Pengawasan Air Sungai Tahun 2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/09/2021
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Kuching

Penerangan

26 Ogos 2021, Kuching – Program ceramah bertajuk “Pengenalan Kepada Program Pengawasan Air Sungai Tahun 2021” telah disampaikan kepada para pensyarah dan para pelajar jurusan kejuruteraan awam dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada hari ini secara atas talian. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En. Abang Zaharuddin bin Abang Mok, Penolong Pegawai Kawalan Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak. Ceramah tersebut merupakan salah satu program yang dijalankan di bawah Program Denai Sungai Kebangsaan yang diwujudkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi mengawal pencemaran dan menjamin kelestarian sungai. Para peserta juga telah diberikan penerangan berkaitan bidang tugas Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan kerja-kerja pemantauan kualiti air sungai yang dijalankan. Seramai 40 orang peserta telah menyertai program tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan