Penerangan
25 Ogos 2021, Kuching - Satu sesi mesyuarat secara atas talian telah dijalankan di antara JAS Negeri Sarawak dengan pihak Petronas Carigali Sdn. Bhd. bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan alam sekitar melibatkan fasiliti premis berkaitan. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah, En. Hamzah Bin Hj. Mohamad dan turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, En. Mohamad Zaihan Bin Hj. Lek, Ketua Bahagian Pembangunan, En. Hazrel Izzat Bin Mohd Noor, pegawai-pegawai JAS serta wakil-wakil daripada pihak Petronas Carigali Sdn. Bhd. Objektif mesyuarat adalah untuk membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan operasi di fasiliti premis berkaitan.