PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

Program Denai Sungai Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2021

DOE Sarawak 27/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Denai Sungai Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/09/2021
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Kuching

Penerangan

27 Ogos 2021, Kuching – Program Denai Sungai Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2021 telah dijalankan pada hari ini dengan kekuatan 10 orang pegawai. Program tersebut melibatkan aktiviti demo penggunaan alat YSI Pro DSS Multiparameter dan persampelan kualiti air di sekitar anak sungai Gunung Santubong. Pemantauan kualiti air sungai merupakan salah satu bidang tugas JAS. Bagi menjayakan Program Denai Sungai Kebangsaan ini, JAS telah memantau kualiti air sungai yg dikenalpasti melalui program ini secara in-situ. Program Denai Sungai Kebangsaan ini bertujuan mengawal pencemaran dan menjamin kelestarian sungai. Program ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan