PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

Siasatan Aduan Di Sungai Cina, Matang, Kuching

DOE Sarawak 27/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Siasatan Aduan Di Sungai Cina, Matang, Kuching
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/09/2021
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak

Penerangan

JAS Negeri Sarawak telah menjalankan siasatan berkenaan dengan aduan pembinaan "illegal structure" di Sungai Cina, Matang, Kuching pada 14 September 2021. Siasatan telah dijalankan dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP). Pegawai-pegawai JAS Negeri Sarawak telah memantau keadaan di sekitar sungai sekiranya terdapatnya sebarang pelepasan atau aktiviti yang boleh mencemarkan sungai dan akan terus memantau sebarang punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Siasatan juga dirujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak untuk tindakan di bawah bidang kuasa agensi masing-masing.

Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan