PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Webinar Integriti Dan Tadbir Urus “Memperkasakan Integriti Dan Antirasuah”

DOE Sarawak 27/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Webinar Integriti Dan Tadbir Urus “Memperkasakan Integriti Dan Antirasuah”
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/09/2021
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Kuching

Penerangan

Webinar Integriti Dan Tadbir Urus bertemakan “Memperkasakan Integriti Dan Antirasuah” telah dijalankan dengan jayanya secara maya pada 9 September 2021. Program tersebut merupakan anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sarawak (SPRM) bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak. Webinar tersebut telah disertai oleh kakitangan dari ketiga-tiga agensi tersebut. Objektif program adalah untuk menyebarluaskan mesej antirasuah serta memperkasakan integriti para peserta. Di samping itu, ia juga merupakan platform untuk berkongsi fungsi dan tugas agensi serta tadbir urus yang baik kepada para peserta. Pengisian webinar melibatkan sesi ceramah bertajuk “Alam Sekitar Dipelihara, Integriti Disanjung” oleh En. Hamzah bin Hj. Mohamad, Pengarah JAS Negeri Sarawak diikuti ceramah bertajuk “Kesalahan-Kesalahan Rasuah Di Bawah Akta SPRM 2009” yang telah disampaikan oleh PKPs Abdul Kadir Bin Mohamad, Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Sarawak. Webinar ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Sarawak dan turut menyampaikan ucapan adalah En. Hamzah bin Hj. Mohamad, Pengarah JAS Negeri Sarawak dan Tuan Rahim Bin Buji Penguasa Penjara, Jabatan Penjara Negeri Sarawak.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan