Penerangan
SIASATAN PENGUATKUASAAN EIA SERTA RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI DAERAH KUALA LIPIS
KUALA LIPIS, 07 SEPTEMBER 2021 - Pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Cameron Highlands telah melakukan siasatan penguatkuasaan EIA dan Rondaan OMPT pada hari ini. Pemantauan Pematuhan SOP MKN juga telah dijalankan ke atas projek EIA yang telah dilawat
JAS mengingatkan kepada mana-mana pemaju yang menjalankan kerja-kerja pembinaan atau kerja tanah serta pertanian untuk tidak sesekali melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun sebanyak rm2,000.00 untuk setiap kesalahan atau tindakan yang lebih tegas di bawah seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu dikenakan denda sebanyak RM 500,000.00 atau dipenjara selama tempoh 5 tahun.
Segala aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan mengikut SOP yang telah digariskan oleh KKM dan MKN.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#07sept2021