Penerangan
MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN KUMBAHAN PERINGKAT NEGERI PAHANG BIL. 1/2021
27 Ogos 2021, Kuantan - Usaha memperkasakan pengurusan loji rawatan kumbahan di negeri Pahang terus dijayakan dengan penganjuran Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Kumbahan Peringkat Negeri Pahang Bil. 1/2021 oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang pada hari ini.
Mesyuarat secara maya ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) JAS Pahang, Puan Noor Shahniyati Binti Ahmad Shukri dan telah disertai oleh ketua-ketua cawangan JAS Pahang serta wakil-wakil agensi yang terlibat dalam pengurusan kumbahan iaitu:
1. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
2. Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP)
3. Badan Kawal Selia Air (BKSA)
4. Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT)
5. Agensi Perakuan Pembentungan
6. Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK)
7. Indah Bandaran Sdn. Bhd.
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#27ogos2021