PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN SEGERA DI LOKASI KEBAKARAN KILANG

DOE Pahang 27/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN SEGERA DI LOKASI KEBAKARAN KILANG
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/09/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

PEMANTAUAN SEGERA DI LOKASI KEBAKARAN KILANG KUANTAN, 23 OGOS 2021 - Susulan daripada aduan pencemaran udara berpunca dari kebakaran sebuah premis, pasukan penyiasat JAS Pahang segera ke tapak kejadian. Pihak Bomba telah melakukan pemadaman dan berjaya mememadamkan kebakaran dalam tempoh 2 jam. Hasil siasatan mendapati kebakaran berlaku di stor bahan mentah. Pihak premis telah diarahkan menyediakan tempat penstoran yang lebih bersistematik seperti berbumbung dan memastikan pekerja sentiasa memantau keselamatan stor. Pemantauan turut dijalankan disekitar kawasan berdekatan menggunakan dron dan peralatan mengukur 'particulate matter' dan gas. Hasil pemantauan yang dijalankan sehingga jam 6 petang mendapati bacaan kesemua parameter pencemaran udara berada dalam keadaan normal. JAS mengingatkan sekali lagi agar setiap premis sentiasa menjalankan penyelenggaraan, pemantauan keselamatan dan penambahbaikan di kawasan yang berisiko terbakar agar kejadian seperti ini tidak berulang.. #kementerianalamsekitardanair #jaspahang #23ogos2021

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan