Penerangan
OPS BENTENG KILANG KELAPA SAWIT DIPANTAU MENGGUNAKAN PESAWAT TANPA PEMANDU
21 Ogos 2021, Bentong -
JAS Pahang Caw. Temerloh bersama pasukan dron JAS Pahang telah mengadakan ops benteng di sebuah kilang kelapa sawit di daerah ini. Operasi ini diadakan bagi melihat secara menyeluruh keadaan benteng kolam-kolam Sistem Pengolahan Efluen (SPE) sediada dan memastikan tiada sebarang kebocoran ke mana-mana alur air berdekatan serta memastikan semua syarat lesen dipatuhi.
JAS Pahang mengingatkan kepada semua kilang kelapa sawit di negeri ini untuk sentiasa memastikan benteng kolam-kolam SPE kukuh dan berada dalam keadaan yang baik sepanjang masa.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar
#21ogos2021