Penerangan
PERBINCANGAN PENGURUSAN SISA KLINIKAL DARI PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 (PKRC) DI PAHANG BERSAMA AGENSI TERLIBAT
KUANTAN, 19 OGOS 2021 - Satu mesyuarat pengurusan sisa klinikal telah diadakan secara atas talian dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Sani Bin Mat Daud, Pengarah JAS Negeri Pahang. Turut serta adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, Dato’ Hamdan bin Hussin, wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), wakil SWCorp Kuantan, wakil Radicare, wakil Gading Senggara Sdn Bhd dan pegawai JAS Negeri Pahang serta Cawangan Gebeng.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar
#19ogos2021