Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Mesyuarat ASEAN Senior Officials On The Environment (ASOEN) kali ke-32
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 27/09/2021
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Putrajaya
Penerangan
Pada 15 September 2021, Malaysia telah menyertai Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Alam Sekitar (ASOEN) kali ke-32 secara atas talian.
ASOEN merupakan saluran utama serantau bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar. Mesyuarat ASOEN kali ke-32 ini telah dipengerusikan oleh negara Myanmar dan dihoskan oleh Brunei Darussalam. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
ASEAN memberikan penekanan terhadap kepentingan menangani isu-isu alam sekitar serta kesan dan risiko perubahan iklim atau bencana yang berkaitan dengan iklim terhadap penduduk ASEAN. Pemimpin serantau juga telah membincangkan agenda kepentingan kerjasama menangani isu-isu berkaitan alam sekitar dirantau ASEAN.