Penerangan
19 September 2021 - Alor Setar, Kedah
Mesyuarat bersama YB. Dr. Robert Ling Kui Ee, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Negeri Kedah telah diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan alam sekitar.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Encik Norazizi bin Adinan telah hadir bersama-sama Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) Encik Ts. Mohd Rosiskada bin Mohamed, Ketua Cawangan JAS Cawangan Sungai Petani, Encik Ts. Ya Mohammad Nazir Syah bin Ismail dan Penolong Pengarah Kanan, Encik Ts. Mohd Faizal bin Ab. Jalil. Turut hadir bersama Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Puan Sharifah Noriza binti Syed Zainol Rashid.