Penerangan
19 September 2021, KANGAR – Pasukan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis loji rawatan air yang beroperasi bagi memastikan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dipatuhi sepenuhnya sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara dilaksanakan.
Hasil pemeriksaan mendapati tiada pelanggaran undang-undang di bawah Akta 127 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pengukuran secara in-situ turut dijalankan di takat pelepasan terakhir premis. Hasil pemeriksaan di bawah Akta 342 mendapati premis mematuhi akta tersebut. Semua pekerja memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal. Premis juga menyediakan kemudahan seperti alat pengimbas suhu, buku daftar masuk dan QR Code MySejahtera.
Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama