PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM PENANAMAN POKOK BAGI KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK 2021-2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA NEGERI PERLIS

DOE Perlis 27/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENANAMAN POKOK BAGI KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK 2021-2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA NEGERI PERLIS
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/09/2021
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

KANGAR – Sebagai Rakan Strategik di dalam Kempen Penghijauan Malaysia anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, JAS Perlis telah turut serta di dalam kempen penanaman pokok yang diadakan di dalam kawasan Empangan Timah Tasoh, Perlis yang terletak di bawah kawasan seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis. Majlis perasmian Kempen Penanaman Pokok peringkat negeri Perlis telah diadakan serentak pada 16 September 2021 bertepatan dengan sambutan Hari Ozon Sedunia . Sehingga kini Perlis telah mencapai sasaran penanaman sebanyak 72.4 peratus daripada 200,000 pokok setahun. Seramai 20 orang kakitangan JAS Perlis turut terlibat dalam program penanaman pokok yang dijalankan pada 17 September 2021. Kerjasama yang erat di kalangan rakan strategik yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi serta badan bukan berkanun (NGO) di negeri Perlis diharap akan dapat terus meningkatkan kesedaran serta memelihara dan memulihara ekosistem alam sekitar di negeri Perlis. #KementerianAlamSekitarDanAir #jabatanalamsekitar #JASPerlis #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan