Penerangan
SUSULAN PEMERIKSAAN AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA DI BANDAR BARU CHENDOR
GEBENG, 15 OGOS 2021 - Pasukan Operasi Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gebeng telah menjalankan pemeriksaan susulan bagi kes pembakaran terbuka yang dilaporkan pada hari semalam. Hasil pemeriksaan pada hari ini mendapati api telah padam sepenuhnya.
Orang ramai diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00.
Pemeriksaan ini juga dilaksanakan dengan mengambilkira SOP dan langkah-langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
#jaspahang
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#15ogos2021