11 September 2021, PADANG BESAR – Pasukan rondaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis menjalankan pemantauan ke atas beberapa premis di kawasan Padang Besar.
Tumpuan disasarkan ke atas premis yang berpotensi menghasilkan punca pencemaran yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
Pemantauan yang dibuat turut mengambilkira faktor lokasi premis yang berada di atas ( _up stream_) muka sauk ( _water intake_) loji rawatan air yang beroperasi semasa tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3.
Hasil pemantauan mendapati tiada pelepasan atau pembuangan yang mencurigakan.
Keberadaan penguatkuasa JAS di lapangan menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan kelestarian alam sekitar agar terus terpelihara.
Jabatan ini menyeru orang awam tampil memberikan maklumat dan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my
Rondaan yang dijalankan adalah mengikut SOP MKN dan KKM.