5 SEPTEMBER 2021, KANGAR – Pasukan pemantauan pencemaran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemantauan secara berterusan bagi mencegah pencemaran terutamanya pembakaran terbuka.
Orang ramai dikesan mengambil kesempatan pada hujung minggu dengan melakukan pembakaran terbuka. Pasukan pemantau bertindak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974 bagi membanteras kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini. Peringatan dan amaran yang tegas diberikan kepada individu terbabit agar aktiviti seperti ini tidak berulang.
Tindakan pemantauan secara berterusan ini dapat meningkatkan lagi tahap pematuhan premis kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Di samping itu, pemantauan Akta 342 turut dijalankan bagi memastikan semua SOP yang ditetapkan MKN dipatuhi oleh premis.
Jabatan ini menyeru orang ramai supaya tampil membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my