Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMATUHAN KEPADA SYARAT-SYARAT KELULUSAN EIA TERUS DIPANTAU OLEH PASUKAN PENGUATKUASAAN EIA DALAM TEMPOH PPN FASA 3 OLEH JAS PERLIS
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 13/09/2021
- Organisasi
- DOE Perlis
- Lokasi
- Perlis>Pejabat JAS Perlis
Penerangan
3 September 2021, KANGAR – Pasukan penguatkuasaan EIA Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis terus komited bagi memastikan syarat-syarat kelulusan EIA dipatuhi oleh penggerak projek di Negeri Perlis yang tertakluk dengan kelulusan EIA yang diberikan. Salah satu perkara yang dititik beratkan adalah kelulusan Laporan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) sebelum sesuatu tapak projek memulakan kerja tanah. Kelulusan Laporan EMP merupakan sesuatu yang sangat dititik beratkan bagi memastikan pihak penggerak projek menggariskan langkah-langkah “Pollution Prevention and Mitigation Measures (P2M2)” yang akan dilaksanakan semasa sesuatu kerja tanah dijalankan selain plan “Land-Disturbing Pollution Prevention And Mitigation Measures (LD-P2M2) yang turut perlu dikemukakan oleh pihak penggerak projek melalui konsultan yang diperakui oleh JAS.
Pada minggu ini Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menerima satu permohonan untuk semakan kelulusan Laporan EMP bagi Cadangan Projek Menaiktaraf Empangan Timah Tasoh Fasa 3 (Pakej 2) bagi kerja-kerja meninggikan ban empangan tersebut. Laporan tersebut dalam perhatian bagi ulasan lanjut oleh pasukan Penguatkuasaan EIA Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis.