Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- TAKLIMAT KEPADA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DI JAS PERLIS
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 13/09/2021
- Organisasi
- DOE Perlis
- Lokasi
- Perlis>Pejabat JAS Perlis
Penerangan
9 September 2021, KANGAR – 3 orang pelajar praktikal yang menjalani latihan industri di Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah diberi penerangan berkaitan fungsi JAS dalam memberi ulasan input pembangunan secara teknikal kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam membuat pertimbangan terhadap cadangan projek pembangunan sesebuah negeri.
Ulasan input pembangunan bagi sesuatu projek perlu selaras dengan kehendak perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Sesi taklimat ini diadakan secara fizikal di Bilik Perbincangan JAS Perlis dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Jefri bin Zainuddin