Penerangan
1 September 2021, PASIR GUDANG : JAS Cawangan Pasir Gudang telah menjalankan program rondaan malam bagi memantau dan mencegah pencemaran berlaku pada waktu malam. Rondaan ini memberi fokus di kawasan Perindustrian Pasir Gudang antaranya di Jalan Perak, Jalan Emas dan Jalan Besi. Ini antaranya bertujuan untuk memantau aktiviti-aktiviti yang mencurigakan atau yang disyaki abnormal seperti pelepasan efluen tidak terawat dan lain-lain aktiviti yang berisiko mencemarkan alam sekitar.
JAS mengingatkan kepada semua premis industri yang beroperasi untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku semasa tempoh PKP 3.0 sedang dilaksanakan.