Penerangan
6 September 2021, Tangkak dan Segamat: Penguatkuasaan dijalankan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya serta untuk mencegah daripada berlakunya pencemaran daripada aktiviti perindustrian. Selain itu, penguatkuasaan SOP di bawah Akta 342 dan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka turut dijalankan.
Hasil pemeriksaan dan pemantauan mendapati tiada pelepasan daripada premis yang melebihi had ditetapkan iaitu premis patuh Akta 127 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta premis patuh SOP Akta 342.
Bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka pula, terdapat kesan aktiviti pembakaran terbuka dijumpai. Tindakan menggantung sepanduk larangan pembakaran terbuka telah dibuat di kawasan terbabit.