Penerangan
6 September 2021, Simpang Renggam: Unit Pengawasan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan persampelan air tanah bagi 1 stesen di Tapak Pelupusan Sampah Ladang CEP, Simpang Renggam, Johor. Aktiviti persampelan ini dijalankan untuk memantau tahap kualiti air tanah sepertimana yang dirancang bagi Program Pengawasan Kualiti Air Tanah Q3/2021.
Pelajar yang menjalani latihan praktikal di JAS cawangan Kluang dan cawangan Batu Pahat juga terlibat dalam sesi ini.