PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

LAWATAN KHAS PENCEMARAN AIR DI SUNGAI MELAYU OLEH PENGARAH JAS JOHOR MENGIRINGI DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

DOE Johor 09/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KHAS PENCEMARAN AIR DI SUNGAI MELAYU OLEH PENGARAH JAS JOHOR MENGIRINGI DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
09/09/2021
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

7 September 2021, KOTA ISKANDAR – Pengarah JAS Johor, YBrs. Dr. Mohd Famey Bin Yusoff telah menyertai sesi lawatan kerja mengiringi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), YB Dato’ Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad menyusuri Sungai Melayu, di Iskandar Puteri dengan menaiki bot. Lawatan kerja ini dijalankan bertujuan bagi meninjau keadaan Sungai Melayu akibat pencemaran air dan kelodakan daripada projek-projek pembangunan yang berada di hulu Sungai Melayu. Susulan daripada itu, lawatan ke beberapa tapak projek yang menjalankan aktiviti kerja tanah di hulu Sungai Melayu juga telah dilaksanakan oleh pihak JAS Johor dan MBIP. Pengarah JAS Johor dan Datuk Bandar MBIP telah berjumpa dengan penggerak projek untuk mendapatkan penjelasan tentang aktiviti kerja tanah yang meyumbang kepada pencemaran air di Sungai Melayu dan kaedah penyelesaian yang sesuai bagi mengurangkan masalah pencemaran tersebut. Lawatan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan