Penerangan
9 SEPTEMBER 2021, SENAI : Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti pengeluaran tekstil di Kawasan Perindustrian Senai telah dikenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana terdapat kegagalan kepada struktur utama sistem pengolahan efluen perindustrian yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini sekiranya tiada sebarang langkah pembaikan dan kawalan diambil segera.
Selain itu, premis yang sama turut diberi tawaran kompaun berjumlah RM 26,000.00 atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.