Penerangan
PEMERIKSAAN LOKASI TITIK PANAS YANG DITERIMA MELALUI SATELIT NOAA20 MENEMUI AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA
GEBENG, 14 OGOS 2021 - Pasukan Operasi Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gebeng telah menjalankan pemeriksaan lokasi titik panas yang diterima dan menemui aktiviti pembakaran terbuka bagi kerja-kerja pembersihan kawasan tanah untuk aktiviti pertanian.
Tindakan perundangan serta penguatkuasaan susulan terhadap pihak terlibat akan diambil dan poster larangan pembakaran terbuka telah ditampal di kawasan tersebut.
Orang ramai juga diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00.
Pemeriksaan ini juga dilaksanakan dengan mengambilkira SOP dan langkah-langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
#jaspahang
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#14ogos2021