PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PENCEMARAN TERBUKA (OMPT)

DOE Pahang 09/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PENCEMARAN TERBUKA (OMPT)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
09/09/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PENCEMARAN TERBUKA (OMPT) GEBENG, 5 OGOS 2021 – Pasukan rondaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang Cawangan Gebeng telah menjumpai satu pembakaran terbuka belukar (sebahagian tanah gambut) semasa menjalankan rondaan OMPT. Pemantauan melalui drone mendapati terdapat dua tompokan asap yang masih aktif dan pasukan peronda telah menghubungi pihak BOMBA Gebeng. Kerja-kerja kawalan dan pemadaman telah dilakukan oleh pihak BOMBA Gebeng di kawasan tersebut. Orang ramai juga diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00. Operasi rondaan OMPT ini juga dilaksanakan dengan mengambilkira SOP dan langkah-langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). #jaspahang #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #05ogos2021

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan